Thursday, February 23, 2012

Perginya Bidadari Kecil Syurga...Faris Nur Daniel

Kawan-kawan..baru semalam aku baca story pasal adik Faris Nur Daniel..
Dan hari ini, pada pukul 10.18pagi, adik Faris pergi buat selama-lamanya.....
YaAllah...terasa seperti sama2 memikul beban kesedihan sepertimana parents adik Faris..

Perginya Bidadari Kecil menuju ke syurgamu

Faris Nur Daniel...seindah namamu sayang...

Wednesday, February 22, 2012

Faris Nur Daniel, namanya secomel wajahnya....

Terpanggil aku untuk berkongsi kedukaan sepasang ibu bapa kepada anak Faris Nur Daniel, 6 tahun seperti nama anak aku...Farees Danial Hazeq...

Comel kan wajah dia..

Tapi takdir dia tak seindah kanak-kanak lain......

Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak...

Dia tak mengetahui apa yg dia alami..hanya tau menahan kesakitan..YaAllah..terasa seperti anak aku sendiri bila tatap wajah dia.. 

Ni surat yg ditulis oleh doktor yg merawat adik Faris


 Gambar adik Faris yang terkini


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam


Korang....... andainya terasa keperihatinan pada adik Faris... sumbangkan la seikhlas di hati.....semoga adik Faris mampu utk lawan penyakitnya....dan kembali ceria seperti dulu...

Petikan dari blog mazidul..
Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.


Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail). 
ikutila kisah penderitaan dari blog asal mazidul akmal sidik 
  Faris Nur Daniel, 6 tahun

Tuesday, December 27, 2011

Kami hampir kehilangan hazeq

Setelah sekian lama aku tak menulis...
Sabtu lepas, aku plan holiday kt Port Dickson dengan my family...
Lepas harungi jem semua..sampaila dalam kul 3 lebih..
Excited nak bawa hazeq gi mandi pool..
Dan siap belikan swimming suit dan boya ben10..

Aku booked kat Kemang Indah Condo...
Ok gak la..agak besar la rumah tu compare ngan hotel lain walaupun 2 bilik...
So, 4family muat la utk satu umah 2 bilik....

Dalam 10minit macam tu, family angah dan mak ayah aku pun sampai..
So, excited la nak bawa hazeq gi mandi pool...

Bermula la tragedi yg tak mungkin akan kami lupakan..
Aku bawa hazeq turun bawa ke pool bertemankan hubby..
Sampai kt pool, aku letakkan hazeq kt riba aku dulu..bg dia rasa dulu air pool..
Agak sejuk..
Pastu aku letakkan dia kat dlm boya dia...kaki dia tergantung la dlm pool..
Hazeq seronok sgt2..!!
Dia main air pool tu kat keliling boya dia..
Aku pun apa lagi excited la...
Aku nak masuk pool tu ikut tangga laa...aku bukan reti swimming pun..hihi..
Bila aku masuk, kaki tak sampai lantai pool lagi, aku pun terus naik..dah terasa sejuk da..
Aku cakap ngan hubby nak bawa hazeq ke bahagian pool lain, maybe kat sana tak dalam sgt..leh la aku bagi hazeq swim..

Pastu aku pun angkat hazeq..sampai kat bahagian pool lain, aku masukkan hazeq dlm boya semula...
Tapi hazeq macam tak suka..
Dia diam je..aku kocak2 air pool tu pun, dia buat tak tau je...
Pastu dlm 2 minit macam tu, dia lentok kt belakang boya tu...sambil nanges sket jela..
Aku pun angkat la..
Selimutkan ngan tuala dia..aku tengok hazeq dah menggigil kesejukan..mata dia pun dah kuyu je..
Aku pass ke hubby coz badan hubby panas sket..
Hubby pun bawa naik atas..aku masih lg kt pool sebab niece aku turun pool nak mandi..tapi takde sapa nak jaga..
Dalam 5minit mcm tu, ibu niece aku pun dtg..aku pun naik atas bila akak ipar aku melambai2 panggil aku..
Btw, aku mmg xsedap ati lagi masa aku biarkan hubby naik ngan hazeq..

Aku pun naik umah..on the way je, aku dengar suara orang dok jerit2..
Aku pun lari la ke umah, tengok2 hubby dah terjerit2 panggil hazeq, terus masuk kete..
Angah aku dukung hazeq sambil jerit2 panggil hazeq..
Aku lak tergamam...hanya mampu tanya kenapa..kenapa...
Tanpa tau apa2 aku terus masuk kete seat belakang..jengah ke hazeq, tengok2 hazeq dah terkulai je...no respon...
Dlm hati hanya mampu sebut 'Ya Allah....hazeq...panjangkan umur anak ku..'
Aku amik hazeq dari angah aku...Angah aku masih panggil2 hazeq..
Hubby pun sama..dan tak tentu arah bawa kete..

Aku peluk2 hazeq..then, tgk tak bermaya..masih no respon...
Aku hanya terfikir saat itu, bagi hazeq susu je..
Angah suruh2 aku panggil2 hazeq..jgn bg dia tido...
Aku suakan nipple aku..hazeq terus tangga..Alhamdulillah lega sket tgk dia respon utk bf..
Sampai hospital port dickson terus masuk emergency..doc tanya2...hubby dan angah aku jela yg citer..
Aku xtau apa2...so aku terkedu bila hubby citer..
Mulut dia berbuih2..kaki dia biru..tgn dia keras masa dia nak buka swimming suit utk mandikan hazeq dgn air panas...mata dia ke atas..pastu lentok..panggil2 pun no respon...
YaAllah, sampai mcm tu hazeq..aku just ingat dia kejang...

Doc suruh kami tunggu kt luar..dia amik darah..hazeq respon menanges...
Lepas 10min mcm tu..doc panggil aku..utk peluk hazeq dan tenangkan hazeq..
Lepas tu doc ckp maybe dia kena sawan sebab apa yg hubby citer mcm kena sawan..tp so baby, tak pernah dan tak sepatutnya utk kena sawan...
Dia tunggu result darah dan result kat monitor mcm mane..kalo kt monitor stabil..ok..just tunggu result darah takut2 ader kuman je apa2 yg boleh dorang tau apa punca dia jadi macam tu...
Lepas aku tenangkan hazeq, dia pun tido...lena sgt2...

Sampai kul 7pm...dia jaga, nak nenen..lega sket la...
Aku bagi bf, tapi susu tak cukup...dia menanges lapar...
Aku ajak along aku balik umah amik makanan dia, ngn susu..
Sampai je kat hospital semula, tengok2 hazeq dah didukung oleh ayah aku...
Alhamdulillah....lega saat tu tengok dia tersenyum...hubby ckp doc bg balik sebab result darah ok..
So, doc suruh refer kt hospital sini..dia cakap bukan sawan, cuma maybe suhu air pool dan surrounding masa tu adalah suhu maksimum bg badan dia...so, badan dia kekejangan dan lemah bila tak mampu utk tingkatkan suhu badan dia utk lawan suhu luaran...

Aku pun bagi hazeq makan, nenen....berselera sgt sebab lapar sgt...
Sampai je kat umah....semua org especially mak aku risau kan dia...nenek dia siap jerit2 da kt umah..
Tak pernah jadi saat2 kritikal mcm nie dlm family aku...
Ya Allah...terima kasih sebab masih benarkan kami menjaga hazeq lagi....

Ni la muka hazeq dah sihat sket.......syukur alhamdulillah.....
Soknya aku bawa hazeq mandi pool lagi tapi kali nie bila matahari dah betul2 naik...suhu air pool pun tak sejuk sgt..
hazeq ok main2 air pool..seronok sgt dia mcm tak pernah apa2 berlaku...
Tapi aku mandikan dia kejap je sebab mak ayah dah bising..takut jadi lagi..
Hazeq, maafkan mommy ye...

Wednesday, September 7, 2011

Hazeq dah 7 bulan...

Hanya gambar akan berbicara....
Malas la nak taip2..tak tau nak story apa..


Hazeq tgh erkk erkk 


daddy dan hazeq check-up 6 bln..ni belum kena injet lagi...ceria jela...














mummy..jom gi jalan2....zoommmmm..zommmmmm






mummy...ader gaya racer F1 tak..???



Okla, daddy..please take over....

Monday, July 25, 2011

Hazeq dah jadi 'big bos'

" Hi....ader macam big bos tak...??"


"mummy...nak mamam.....i want banana pleeeeezzzz..."

Thursday, June 16, 2011

Hazeq swimming



Minggu lepas kitaorang bercuti sakan, dari pahang turun ke johor, hometown hubby..
Gi pahang hari Jumaat, sebab hari sabtunya kawan hubby kawin kat kuantan..
Masa dok kat hotel, ader la bathtub lak..
Aku pun try la nak bagi Hazeq swimming la..
Praktis dulu kat dalam bathtub tu..hehehe..
Aku segan nak turun kat swimming pool, kang aku lak yang terlebey2 swim lak..


Layanla gambar hazeq yg tak seberapa kat dalam bathtub nie...
Hazeq tak takut swimming...so leh la bawa gi pool pasnie..




jangan tengok bonbon saya tau!!! malu laaaaaa

Monday, May 16, 2011

Hazeq memijak Genting


Cuti labour day lepas, hubby kena gi kursus kat genting..
Tapi bukan kursus sgt pun, setakat gi duduk dlm bilik meeting pastu amik2 gambar sebagai bukti dorang ader kursus..sebab guna duit tuttt....
Aku bawa Hazeq sekali gi naik genting...
Akhirnya jejak gak aku ke Genting ngan hubby setelah genap 3 tahun perkahwinan kitaorang..
Dan Hazeq pun memijak la tanah Genting..hehehe

Cuak gak masa on the way tu..takut Hazeq nanges masa nak naik Genting tu..
Rupanya Hazeq relax je..Apa snap2 nie...

Mummy daddy dia yg kicoh lebey..
Cuma aku bagi Hazeq isap pacifier sepanjang on the way tu..

Pastu lepas je hubby abis 'kursus' dia tu..
Kitaorang pun cadang nak naik Genting..naik cable car..
Nak tengok Hazeq macam mane...nanges ke tak..
Kitaorang naik dalam kul 4 petang sebab confirm ramai kalo awal2 pagi..
Lepas je breakfast, kitaorang gi jalan2 kat Strawberry Farm, Mushroom Farm yg tak seberapa farm tu..

Hazeq berkerut tahan cahaya...mummy yg tembam

Seronok tul Hazeq, almaklum la sejuk kan...tapi tak la sejuk sgt pun..
Hubby kendong Hazeq guna baby carrier..bila dia nak tido, dia tido je..
Senang sungguh usung dia ke mana je..
Yang penat, daddy dia nak kena kendong dia seberat 6kg tu...
Daddy cakap patah pinggang..huhu

Sampai je kat terminal skyway tu, Hazeq jaga..
Relax je tengok sekeliling..
Masuk je dalam cable car, dia gelak2..pastu...sepanjang nak naik tu, dia berjaga..tengok hutan2..
Gelak2, muka mmg muka control macho..macho ker?? hahaha..aku yg lebey2 perasan Hazeq macho..

Hazeq : Maintain macho...
Mummy : Hazeq tu kat bawah ader tiger...

Kitaorang kongsi cable car ngan family cina, dia pun ader baby tapi dalam 4bulan mcm tu..baby dia yg nanges..aku cuak gile...takut Hazeq dgr baby tu nanges, kang dia pun ikut nanges lak..
Tapi rupanya tak..dia diam je..aku pun agah2 jela..kasi dia gelak2..pastu kasi pacifier..
Telinga kitaorang da berdengung je, tersumbat...
Nasib dia ok..sengal tu daddy ngn mummy Hazeq nie..

Daddy, Hazeq tersepit la..

Kejap je kitaorang naik, dalam kul 6pm kitaorang turun, tapi kena beratur pjg giler...
Kul 6 start beratur, kul 7pm baru dapat naik cable car..
Tensen..tensen..
Dalam ramai2 orang, Hazeq boleh tido...

Best tul bawa Hazeq gi jalan2...
Pasni nak bawa gi tempat lain lak...
Hazeq...kita enjooyyy.....

Hazeq yg dah 6.4kg...

Monday, April 25, 2011

Argghh....tensennyaaaaa

Tensen betul la...
Baru abis sesi memerah susu...hihi...dapatla 5oz++...
Syok giler...
Seperti biasala rutin aku, pam..then cuci2 simpan freezer..
Tapi masa lepas tutup jer botol susu tu, boleh lak terlepas botol dari tangan nie...
Tutup botol tu boleh lak tercabut...
Aduihhhh....hangin jap..marah kt diri sendiri...
Nasib la sempat gak amik, dapatla sket je yg tinggal dalam 2oz..
3oz++ tu..rugi sudahhhhh....
Bukan rezeki Hazeq la jawabnya..
Patutla tak sedap ati jer dari stat aku pump...
Alahai....salah diri sendiri...
Dah la keje2 pump aku nie, aku buat kt bilik meeting..
Yela, dah kt ofis nie xde lactation room...nak buat kt surau kang, dengar lak senior engineer aku sebab bilik dia sebelah jer...
Nasib ader dettol, aku picit2 botol dettol tu atas carpet...
Kalo bau masam gak...confirm dorg target aku pasal aku jer yg sibuk pump2 nie, mommy2 lain pump susu tapi buang...!! hahaha....
Nasib la ofismate aku tak baca blog aku...kalo tak nahas aku!!

Nyenyak tidoku



Suka sgt tgk Hazeq tido.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, April 14, 2011

Jiwa kacau




Sejak kehadiran Hazeq, betul2 berubah kehidupan aku dan hubby da sekarang nie..
Setiap hari aku kena bangun kul 4.30 pagi, siap2 mandi...
Siapkan segala barang2 keje ngan beg breast pump aku..
Kul 5.30 pagi Hazeq bangun nak susu...
Siap2 kan barang2 Hazeq lak, pastu kul 6.00 pagi kuar umah antar Hazeq dari Saujana Utama ke umah mak aku kat PJ ..
Terpaksa kuar awal utk elakkan jem, dan leh la aku lepak lama sket kat umah mak..
Kul 6.30 pagi sampai umah mak aku...sembahyang subuh kat sana..rest jap, main2 ngan Hazeq..
Then kul 7.30pagi breastfeed Hazeq..kul 7.45 pagi gerak gi keje dari Taman Medan ke Damansara Uptown..

Sampai ofis kul 8.15 pagi...
9.30 pagi aku pump susu, then buat keje...
11.30 pagi pump susu lagi, then buat keje....
12.30 tengahari lunch...
2.30 ptg pump susu, sembahyang zohor..
5.00 ptg last pump, sembahyang asar siap2...
6.00 ptg tetttttt......balik!!!

Alhamdulillah, rezeki Hazeq banyak gak la...walaupun tak semeriah mane...
Tapi kalo aku buat 3kali pump, insyaAllah akan dapat dalam 16+oz...
Syukur sgt2..tapi masalah aku, mak aku lak ckp beberapa ari nie Hazeq kuat lak minum...
Sehari leh abis 10oz..aduihhh...dah la aritu check up 2 bulan dan doc kasi injection 5 serangkai, timbang2 berat dia dah 5.3kg...
3 bulan nanti confirm naik lagi...sampai aku dah tak larat nak dukung sebelah tangan dah...hehe

Sambung balik bab masa tadi...

Sampai Saujana Utama kul 7.00 ptg, terus masak2...
Sembahyang maghrib...susukan Hazeq...
Dinner...rest sambil tgk tv...
10.00mlm tido......zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............

Kul 11.30 mlm Hazeq bangun nak susu....
Kul 1.30 pagi Hazeq bangun nak susu...lagiii
Kul 3.30 pagi Hazeq bangun nak susu.....lagi dan lagiiii
Dan 4.30 pagi aku lak kena bangun....

Macam tu la rutin hidup aku sekarang nie...
Tido pun dah tak cukup...tak lena sgt pun..
Demi Hazeq...(cewahhh...poyos je..)
Sekarang nie kenala fikirkan Hazeq...tak kan nak pentingkan diri lak..
Sementara nak tunggu dia membesar sampai 1 tahun...kenalah jadi mcm nie...

Hubby lak, keje dia cuma tukarkan pampers, main2 dan jaga Hazeq sementara aku buat keje...itupun kalo Hazeq tak tido la..
Bab2 tido, Hazeq memang tak nak ngan dia..
Hazeq lebih banyak memerap ngan aku je...
Padahal aku nie garang gak ngan dia..
Bila dia buat hal kecik je sebab dia suka tahan mata bila dah terlebih2 main waktu siang...
Pastu nak tido, dia tak boleh nak tido..dia menanges la nak minta aku dodoikan..hahaha
Kenalah bising ngan aku..then babbbbbb kat drumstik tembam dia tu....
Sengal gak aku, Hazeq baru 2 bulan bukan paham apa sgt pun..
Tapi saje je..aku nak ajar dia awal2 mcm nie..tak la aku babbb kuat sgt pun...sayang gak okeyy!!!
Walaupun aku garang pun, dia nak gak kepit2 ngan aku jer...tido pun suka tido bawah ketiak aku...sedap sgt kot bau aku...hihi...

Bila aku dah hadapi life mcm nie..baru aku tau, apa yg org selalu cakap, "bila tengok muka anak kita, segala penat lelah, tensen ngan jem ke keje ke...boleh hilang sekelip mata je.."
Memang BETUL!!!!
Punya la jem teruk..banyak keje dah sekarang nie...bila balik jer tengok dia senyum gelak2 gatal sebab nak susu aku!! ishkk...mcm magic jer...terus terasa 'ku bahagia.....'
Hazeq punya pe'el skg, bila aku sampai je umah, dia confirm nak susu aku gak walaupun dia da nenen guna botol sebelum tu..sajer nak 'gayut'...hihi..
Bukan banyak pun dia isap..pastu dia biar je bibir dia lekap kat breast aku..
Bila aku tarik breast aku, dia pun sengeh2 je...mmg gatal betul anak bujang aku...


Macam nie la muka 'gatal' nya...
Nie la jugak muka penyejuk hati dan ketenangan yg teramat tenang je aku rasa sekarang nie.....