Terpanggil aku untuk berkongsi kedukaan sepasang ibu bapa kepada anak Faris Nur Daniel, 6 tahun seperti nama anak aku...Farees Danial Hazeq...
Comel kan wajah dia..
Tapi takdir dia tak seindah kanak-kanak lain......
Sejak 1 Februari, masa itu dia kena
sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang
belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic
Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika
terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun
doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak...
Dia tak mengetahui apa yg dia alami..hanya tau menahan kesakitan..YaAllah..terasa seperti anak aku sendiri bila tatap wajah dia..
Ni surat yg ditulis oleh doktor yg merawat adik Faris
Gambar adik Faris yang terkini
Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.
'Walaupun doktor kata keadaan
Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun
saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama
anak saya Faris....
Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan
kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun
cuba berinteraksi ngannya
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris
: *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan
& tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Korang....... andainya terasa keperihatinan pada adik Faris... sumbangkan la seikhlas di hati.....semoga adik Faris mampu utk lawan penyakitnya....dan kembali ceria seperti dulu...
Petikan dari blog mazidul..
Untuk makluman, Faris kini terpaksa
bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya
masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.
Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.
Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.
Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau 1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).
Faris Nur Daniel, 6 tahun
2 comments:
ya ALLAH kurangkankanlah kesakitannya..sebak tgk keadaan dia cmtu..-syikin penang-
Ya Allah sedihnya baca..
Semoga adik faris kembali sihat..
Post a Comment