Cuma aku dah kurang rasa pergerakan baby macam dulu sebab dah tak buat carta pergerakan baby da...
Baby hanya akan kick sekali sekala..
Aku just rasa baby pusing jer...gerak sket2..
Sakit kat ari2 kerap gak la...
Rata-rata cakap dorang bersalin lepas 37 weeks..
Aku lak memang tak sedia lagi utk bersalin sekarang nie...
Dah set mind lepas raya cina..
Tapi kalo 37 weeks adalah next week la..
Hopefully la baby tunggu lepas raya cina...
Sebab banyak lagi benda berkaitan ngan hal rumah belum settle..
Banyak benda nak fikir..
Hubby serah kat aku sebab hal2 rumah dia tak berapa reti nak design macam mane..
Buat masa nie, baru sette beberapa items :-
- grill satu rumah ~ done
- naik brickwall depan dan belakang ~ in progress
- skylight ~ in progress
- langsir satu rumah ~ in progress (tgh jahit)
- cat nippon ~ done
- blind curtain ~ done
Tinggal nak uruskan hal yg penting dulu before aku deliver :-
- kitchen kabinet
- wiring satu rumah
- painting works
- hood, hub + oven
- lampu + kipas
- repack semua barang2 kat rumah sewa...
Selainnya kena tunggu lepas aku abis pantang, baru settlekan..
Btw, tadi search la info pasal tanda-tanda bersalin..
Jumpa satu artikel nie..
Macam dah banyak tanda2 yg ada jer..
---------------------------@@@@@@@@@@@@@@
Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. (tak rasa ringan pun..)
Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (tak sakit cuma terasa berat je kat kelangkang nie...dah tak boleh dok bersila atas kerusi..hehehe)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (ni memang kerap jadi...sekarang ni asyik pakai pad jela..terkucil je..)
- sakit perut, memulas (selalu sgt..setiap hari...lebey2 bila aku makan yg ader cili..lepas makan je memulas sakit perut...)
- kerap buang air besar (tiap2 hari buang...cuma bukan cirit jela..tapi sehari boleh 2-3kali buang...lawas sungguh..)
- kerap terkentut (ni pun dah kerap lak....tp jgn lak korg xnak kawan ngan aku lak..hehehe..nak buat camne, dah nak buang angin kan....bukan salahkuuu..)
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu (belum lagi..lendir biasa jer kuar...minta2 la lambat lagi...)
Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
(takde lagi....)
Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
(alhamdulillah la aku tak sakit belakang....cuma sakit tulang punggung jer bila baring mengiring atas tilam nipis...)
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Banyak gak nie tanda2 kelihatan...
Aku yg buntu sekarang nie bila la nak start cuti..
Almaklumla, baru 1st time...
Baby FDH jangan kuar sekarang yeee......
Tunggu lepas raya cina tau...
Mummy ngan daddy nak kemas barang2 kat rumah lama dulu..
Nanti kalo mummy takde ciannnn daddy kena buat sorang2...
Dengan ini, rasminya panggilan utk baby kitaorang iaitu baby FDH...
Jangan tanya full FDH tu apa...tak mampu nak jawab skg...
Tunggu baby FDH lahir dulu yee...
Dan baby FDH kena panggil kitaorang Mummy and Daddy...
Mat saleh la pulokk..takpe kan..
Kitaorang pun dah start panggil baby FDH dari 7 bulan lagi dengan panggilan namanya iaitu H....
Senang sket bila baby FDH dah kuar nanti, dia dah tau nama dia...(poyo je..)




