Thursday, February 23, 2012

Perginya Bidadari Kecil Syurga...Faris Nur Daniel

Kawan-kawan..baru semalam aku baca story pasal adik Faris Nur Daniel..
Dan hari ini, pada pukul 10.18pagi, adik Faris pergi buat selama-lamanya.....
YaAllah...terasa seperti sama2 memikul beban kesedihan sepertimana parents adik Faris..

Perginya Bidadari Kecil menuju ke syurgamu

Faris Nur Daniel...seindah namamu sayang...

Wednesday, February 22, 2012

Faris Nur Daniel, namanya secomel wajahnya....

Terpanggil aku untuk berkongsi kedukaan sepasang ibu bapa kepada anak Faris Nur Daniel, 6 tahun seperti nama anak aku...Farees Danial Hazeq...

Comel kan wajah dia..

Tapi takdir dia tak seindah kanak-kanak lain......

Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak...

Dia tak mengetahui apa yg dia alami..hanya tau menahan kesakitan..YaAllah..terasa seperti anak aku sendiri bila tatap wajah dia.. 

Ni surat yg ditulis oleh doktor yg merawat adik Faris


 Gambar adik Faris yang terkini


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam


Korang....... andainya terasa keperihatinan pada adik Faris... sumbangkan la seikhlas di hati.....semoga adik Faris mampu utk lawan penyakitnya....dan kembali ceria seperti dulu...

Petikan dari blog mazidul..
Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.


Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail). 
ikutila kisah penderitaan dari blog asal mazidul akmal sidik 
  Faris Nur Daniel, 6 tahun