Friday, April 2, 2010

Itulah ketentuan dari-Nya

Al-Fatihah..takziah aku ucapkan kepada keluarga arwahyarham Din Beramboi yang mana telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam tadi. Walaupun masih muda, namun itulah ketentuan yang telah disuratkan oleh Allah. Kita tidak mampu untuk mengelak segala Qada dan Qadar dari DIA. Muda bukan bererti hidup lebih lama, tua bukan untuk seketika. Ajal dan maut kita tidak menduga. Buat semua insan yang masih mampu untuk bernafas, sentiasalah berbuat baik pada insan lain.

Begitu juga dalam hidup aku. Tahun lepas, macam-macam berlaku. Ada suka dan ada duka. 2 kali aku mengandung, kedua-duanya keguguran. Tahun ini juga, sekali lagi aku hanya mampu mengandung selama sebulan, kemudian, aku mengalami tumpah darah yang lama sehinggalah bulan lepas aku dimasukkan ke wad di Hospital Sg Buloh. Tapi aku masih diketagorikan insan-insan bernasib baik kerana aku masih dapat juga merasa keindahan berada di alam keibuan. Sedangkan insan lain, ada yang belum dapat merasa apa yang aku rasa. Semoga insan-insan yang aku kenali yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat, tabah menghadapi ujian dan dugaan dari-Nya. Mungkin rezeki kita belum sampai untuk bergelar ibu. Aku hanya mampu berserah dan berdoa agar saat itu akan datang jua. Setiap ujian yang kita lalui adalah kerana DIA mengetahui yang kita mampu untuk hadapinya. Sekarang aku dah hampir pulih setelah banyak cara yang aku lakukan secara kampung dan moden. Aku masih dalam cuti, dan akan bercuti panjang sampai aku rasa aku pulih sepenuhnya fizikal dan mental.

Walaupun dugaan yang menimpa, hikmah terselindung di sebalik semua ini terlalu banyak. Setelah apa yang aku lalui selama ini, alhamdulillah, kami telah pun mendapat kelulusan untuk permohonan pinjaman perumahan. InsyaAllah, tahun depan, kami akan berpindah ke rumah sendiri. Aku bersyukur sangat, mungkin inilah kenikmatan di dalam kesengsaraan yang kami alami. Tiada apa lagi yang aku idamkan dalam hidup ini melainkan mempunyai zuriat sendiri.



3 comments:

lin muhamad said...

hai eeza..sya doakan awak tenang dan tabah..insyaAllah ada lah rezeki utk awak dan herman. :)

{travel junkie lady} said...

insya Allah.. ada rezeki ko nanti.setiap org, dugaannya dtg berbeza-beza, kan? setiap apa yg jadi, konfem ada hikmah di sebalikNya. ALLAH lebih tahu. dan DIA takkan beri ujian kat kita kalau tiada sebabnya..

yg penting.. sabar.. tabah..kuatkan iman :)

Iryani Noor said...

Salam Iza,
be strong k.. Sesungguhnya Allah tidak menguji kita melainkan apa setakat kemampuan kita shj. & setiap yg berlaku ada hikmahnya. Don't stop trying and praying.. insya-Allah, rezeki tu akan ada for both of u..